Tuesday, August 2, 2011

Perjumpaan Kecil Bekas Pelajar smtj84-88




Pada hari Rabu, 1 Jun 2011. Sekitar jam 0200 petang. Satu perjumpaan kecil antara sahabat smtj84-88 telah diadakan di Restoran Ketereh Pasir Puteh, berdekatan dengan Sekolah Menengah Tok Janggut. Antara yang dapat hadir adalah Roslan Muhammad, Sabri, Tuan Azahan, Muhd Din, Mat Duan, Rosmadi Junoh, Cikgu Ghazali dan Nik Kamaruzaman.

Walaupun perjumpaan dengan jumlah yang kecil tetapi ianya sungguh bermakna kerana hampir 20 tahun berpisah, tetapi pada tarikh ini barulah dapat bertemu secara semeja.

Berbanyak syukur kepada Allah swt, kerana dengan kehendakNya maka dapat juga kami berjumpa dan bertanya khabar masing-masing.